Followers

Monday, May 25, 2009

fakta vs mitos

Kucing berdengkur (purr) kerana dia gembira.


Memang benar kucing berdengkur kerana mereka gembira tetapi mereka juga melakukannya ketika dalam kesakitan. Kucing juga berdengkur ketika sedang melahirkan anak dan kadangkala ketika menghadapi saat kematian. Purring lebih merupakan eksperesi emosi berbanding ekspresi gembira.
Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria ke-enam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae. Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing.Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi. Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu.


Kucing boleh minum susu lembu.

walaupun banyak kucing yang sukakannya, ia amat tidak digalakkan terutamanya kepada anak kucing dan kucing yang tua. Kucing tidak dapat menghadam laktosa (gula) yang terkandung dalam susu lembu dan ini akan menyebabkan perutnya meragam dan cirit-birit. Keadaan ini amat merbahaya kepada anak kucing kerana risiko dehidrasi

Kucing boleh makan ikan.

Tidak mengapa jika ianya adalah sekali-sekala tetapi tidak wajar dijadikan diet harian. Memberinya terlalu banyak ikan boleh membawa kepada penyakit Steatis yang berpunca daripada kekurangan Vitamin E. Kucing memerlukan taurine dalam dietnya dan ikan tidak ada sumber taurine yang mencukupi.Ikan yang terutamanya dari laut tercemar juga menyebabkan kucing berhadapan dengan risiko keracunan magnesium


No comments: