Followers

Thursday, January 21, 2010

cerita hari ini

pening kepala aku buat assignment SMM PM kamel tu.. hari selasa dia suruh ktorang buat 3 journal and hantar ari khamis so ktorang dengan kelam-kabutnya cari journal lepas tu tak bleh sama plak. yang aku ni sampai tukar 3 kali journal tu,penat gila.. .. aku dengan tawakalnya duduk sorang2 kat tingkat bawah rumah sewa aku tu buat SMM walaupun dalam hati t'detik gak rasa takut,nasib baik la tiada makhluk len yg mengganggu,hehehe..aku memang dah agak hari rabu tu mesti aku tak tido nak bt jrnal tu tapi memandangkan esok klas BEL cancel aku pun berangan la pas klas SM pagi tu boleh tido rupa-rupanya hanyalah angan-angan aku,hehehe

masa klas SM sikit gile student yg datang,mayb ada yg t'lewat bangun coz tido lambat buat SMM or mayb dorg blum siap kot..lepas klas pagi tu trus pegi cc edit jrnal,siap je binding dah tengahari lepas lunch terus pegi surau and siap-siap pegi hantar report jrnal tu. masing-masing berdoa PM kamel takde kat bilik takut dia check time tu gak,klau reject comfirm dia suruh buat balik and hantar petang tu gak aku confirm la nak balik muo,malas nak lame2 kat segamat nih.. alhamdulilah la die xde so ktorg pegi la klas global..

time klas global rasenye energy aku dah abis kot,mengantuk gile, aku rase masa b'lalu dengan lambatnya,so aku takde la focus sangat ngan lecture ptg tu, aku ingat aku sorang je roh dah sampai rumah rupanya banyak roh yg meninggalkn klas tu,hehehe.. sori la Pn Noreen..

lepas habis klas aku pasang angan-angan lagi nanti bleh la aku tido dalam kete time on d way blk muo dan seperti biasa angan-angan aku mesti tak jadi.. sepanjang jalan ayah aku cerita pasal cerita drama tv,start dari cerita sekar ke dyesebel ke cerita2 baru,layan je la..

sampai je simpang nak ke labis ayah aku stop kat tempat buah-buahan,tempat tu popular coz banyak supplier buah-buahan longgokkan buah kat situ. ayah aku beli la buah durian,banyak plak tu.. ayah aku pun tanya "nak makan durian tak" coz aku dok dalam kete so xdapat la rase durian free tauke tu bagi tapi aku dengan sengalnya trus cakap "bleh gak nak SEBIJIK",terlupa penjodoh bilangan tuk isi durian ialah SEULAS, trus ayah aku bawak sebijik tuk aku dan truskan perjalanan ke muar, aku serba salah plak nak makan durian tu dlm kete dengan aircond lagi mcm makan durian kat oversea plak,hihihi..

sampai muo trus jemput mama kat office dia and trus makan kat man station,tempat tu baru bukak so try la makn kat sana.. malam sambung makan durian lagi,durian segamat memang sedap gile,dulu aku ingat durian muo paling sedap rupa-rupanya durian segamat lagi sedap coz mak aku cakap durian segamat durian bukit,ntah la yang penting sedap,lagi satu yang best durian segamat ni rajin berbuah, rasanya setiap sem mesti ada,kawan-kawan aku yang sewa rumah kat kawasan kampung sampai tak larat nak makan, muka dorang pun dah macam buah-buahan je aku tengok,hahaha..

bila la nak tido ni...

ZZZzzzzz

No comments: