Setelah difikir-fikir, akhirnya aku membuat decision untuk pulang ke kg Jawa... kg Jawa Klang okkk!, bukan kg Jawa Segamat.Kalau di Segamat confirm tak payah sewa rumah.. jadi semalam bersemangat siapkan semua assignment sampai pagi, setan pun tak mampu menggoda,lalala. Pagi tadi sampai je klas SM dah kena membebel dengan Pn.Rohani, tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, roh dah sampai Muar,hihihi.. tapi bukan salah aku pun, dah group member tak datang, guane nak present..slide pun tiada dalam orennekko ku, aku onn je present sorang-sorang( waaa manyak berlagak wooo,padahal neves tahap dewa)
Hati berbunga riang, tak sabar nak buat strawberry coklat kat rumah nanti,emm.. nyum nyum.. aku ada beli strawberry masa kat MARDI cameron haritu sebab teringat coklat kat rumah ada lagi.. semua strawberry tu aku bagi ayah simpan kat muar,hihihi..
Tapi kegumbiraan tu tak tahan lama, tiba-tiba ternampak nama aku kat board block U.. apa lagi yang boleh dibayangkan selain menghadiri program modul4 sabtu ni... waaa!!! nak balik!, nak balik!, nak balik!.. bye bye strawberry coklat=(
Lepas je terpaku beberapa saat depan board tu, terus call ayah mengadu ( mengada-ngada mintak simpati) ayah dengan coolnya cakap "takpe la, nanti boleh tengok gambar kenduri je".. tapi bagaimana dengan strawberryku yang disaluti coklat=( bagaimana dengan miao miao saya pasti merindui saya (ya Allah perasan gila,tapi sure Oren merinduiku)
So dengan hampanya terus order McD, wah wah wah kalau selalu kecewa boleh kaya la McD segamat ni, time ni diet pun tak ingat lagi.. sampai je rumah aku membuang masa membaca blog orang, malas nak buat assignment, baik tido je lepas tulis blog ni..
Nway thanks la to k.ifa kerana mengumbirakan hatiku yang sedang berduka ini dengan cerita berjudul 'selipar liz di dalam rumah'... hanya mereka yang duduk serumah dengan aku masa kat cameron je yang mengerti dan sure ketawa sambil mengalirkan air mata mendengar cerita k.ifa ni..
No comments:
Post a Comment