
First time dalam hidup aku, aku akan bercerita tentang CINTA.. sebabnya??? ramai tanya kenapa aku tak nak couple.. sebenarnya, hidup single ni best, bebas... kalau couple susah la, hari-hari nak report, pergi mana,dengan siapa, buat apa, balik kul berapa n etc, buang kredit aku je, dah la kredit aku tu sponsor=P...
Tapi sebenarnya bukan itu sebabnya=)... sebab sebenarnya hati aku ni tak terbuka langsung.. aku pun tak tahu la, ramai je lelaki yang baik nak couple dengan aku tapi hati aku ni..... susah la nak cakap.. senang cerita, maybe ada hikmah disebaliknya.. tiba-tiba aku terbaca satu cerita ni kat wordpress, walaupun aku paling tak suka baca cerita tentang cinta.. BOSAN.. tapi author ni macam aku la and somthing yang dia tulis tu menyedarkan aku..
"Peliharalah dirimu sebaik-baiknya. Malulah, sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman. Diri kamu, Allah jadikan penuh keindahan dan kelembutan..tapi itu semua perlu kamu pelihara. Jangan kamu kalah dengan mereka. Tegaskanlah dirimu, keraskanlah hatimu untuk mereka lelaki yang bukan milikmu. Percayalah, jodoh Allah yang terbaik ada untukmu. Yakinlah..bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kamu. Dan tundukkanlah pandanganmu, tundukkan hatimu, dekatkan dirimu pada Allah sahabatku..Dirimu wanita adalah seindah-indah hiasan..dan hiasan yang terindah itu adalah wanita yang solehah"
kata-katanya buat aku sedar kenapa Allah menutup rapat hati aku ni buat lelaki... yg aku tahu Dia sangat menyayangi aku=) bila tiba waktunya nanti aku percaya Dia akan mempertemukan aku dengan jodoh yg tepat buat aku, jodoh yang ditakdirkan sejak azali lagi=)..
pelik la kenapa dorang sibuk nak couple, kalau couple pun belum tentu dorang tu untuk kite so disitu dah membuang masa dan duit ok.. dan satu lagi nak ingatkan kepada kawan-kawan perempuanku yg sedang mabuk berCINTA silalah jaga diri bebaik, janganlah jadi penyumbang kepada pembuangan bayi.. ingatlah kita sekarang di akhir zaman, dah nak kiamat dah, .. semoga Allah menghindari diriku ini dari perkara yg boleh mengaibkan ni,amin..
Aku sangat bersyukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang dan cinta dariNya, keluarga, kawan dan kucingku=) tak pernah sedetik pun aku rasa kekurangan.. Tenkiu Allah, aku sentiasa bersabar menanti cinta dari hambamu=)
*harap-harap lepas ni takde la yg sibuk-sibuk nak tanya tentang cinta,couple or yg sibuk carikan jodoh untuk aku.. risaukan diri sendiri lagi baik

~sesungguhnya cintaku kepada Allah belum cukup, bagaimana aku hendak mencintaimu wahai lelaki:'(
No comments:
Post a Comment