Followers

Monday, July 26, 2010

~KURMA~

ok hari ni kite blajar psl buah kurma ye kawan2..
puasa pun da nk dekat.. sgt sesuai topic ni..
sebenarnya aku tak suke buah kurma,hehehehe.. xsedap
tapi klau kurma segar tu suke la wlwpun rse dia kelat skit..
motif sebenar nk search psl kurma merah yg terkenal dikalangan org cina
... yg keluar ~KURMA~ so bace je la mne tau aku bleh suke kurma ke pasni
time puasa xpenah pn sentuh kurma tu.. klau mkn pn,rse ngeri gile nak telan
ntah pape la aku ni.. ok intro je da pnjg.. hihihi...


~Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya~


Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

kelebihan:

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat - Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

-Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

~Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 biji kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan~
usihh.. 7 BIJI!!! satu pn seksa nk telan,hihihi.....

~Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”~

~Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”

wlwpun saya tak mkn kurma tp saya minum jus kurma
SEBAB kurma mmg bagus dan sgt sgt sgt bagus tuk student mcm kami=)

puasa nnt nak try mkn kurmA tuk sebulan la=)


No comments: