![]() |
| Mia kacau saya tido |
Alhamdulillah semua assignment dah settle, selama seminggu bekerja part-time jadi burung hantu secara paksa rela tanpa gaji mahupun elaun, fiuhhh!! bersengkang mata mengadap laptop membuat kerja sambil online FB dan blog.. Tak tau apa motif online, bukan chat pun, bukan comment pape mahupun menulis entry best.. tu namanya gedik nak bagitau semua orang saya sedang stay up untuk study,muahaha..
Bermula esok, start present untuk semua subject(-_-)'
Oh ye, dalam busy2 tak tidur menyiapkan assignment, sempat lagi ber'business. Nama pun budak business, harus dan wajib mempraktikkan ilmu di dada,chewahh=p Bilik ni dah jadi macam koperasi, jual nasi lemak, jual roti sosej, sandwich, topup, kerepek, dan brooch*akan ditambah lagi brg lain insyaallah dulu-dulu malu gile nak jual menjual ni, sekarang dah jadi muka tembok asalkan dapat duit=) mesti ayah mama bangga dengan anak perempuan sorang ni,hik!
Ayoo, tak jadi tidur plak, mahu berfoya-foya dengan mereka sekejap=)
Sweet Syafinaz~♥

No comments:
Post a Comment