Followers

Wednesday, May 23, 2012

PTPTN

Assalammualaikum

Bosan bila dah nak dekat PRU macam-macam cerita keluar, Time ni la masing-masing nak buka aib parti lawan. Aku?? hanya mampu tersenyum. Bagi aku semua parti sama je, mereka ada agenda tersendiri dalam mencorak pentadbiran Malaysia. Tak kisah la asalkan Malaysia tak tergadai.

Isu PTPTN

Aku boleh cakap, aku hanya sokong kalau bunga 1% dihapuskan, tapi kalau PTPTN itu sendiri dihapuskan terus, aku tak berapa nak sokong. Pendidikan free?? amboi amboi amboi.. semua benda nak free, semua benda nak subsidi. Semua kerajaan nak tanggung, semua nak hidup senang :) Ada yang pungpangpungpang cakap PTPTN bagi pinjam sikit, tak cukup, pastu bayar balik siap bunga.. takkkkkkkk cukupppppp!!!?? weh kenapa duit PTPTN aku setiap sem ada lebih?? korang makan emas ke apa? Lain kali belajar buat bajet bulanan. yang cakap tu course sama dengan aku, aku faham ada sesetengah course je memang tak cukup sebab kena buat project~anda dimaafkan

Ingat lagi zaman aku kat universiti, hari ni keluar PTPTN esok masing-masing dah pakai baju, kasut,handbag, dan handphone baru.. kalau aku ada baju baru aku takkan pakai bila PTPTN keluar nanti ada suara-suara halus "eh, baju PTPTN ea?" (-_-") ingat mak aku tak mampu nak belikan ke?

Sebab yang lain adalah.... kalau dah free, buat apa nak belajar pandai-pandai kan, keluar nanti kerja swasta pun lepas kalau tak dapat 1st class.. kalau nak kerja government je agak susah sikit. Kalau tak nak bayar, belajar betul-betul dapat 1st class mohon biasiswa PTPTN.

Pandai pinjam, pandai la bayar.. RM100 sebulan pun boleh.. hutang kereta sanggup plak bayar RM300-500 sebulan


Isu lain, entry lain pulak ok..

By:Mademoiselle Syafinaz©

No comments: