Mrs Minho... kamu baca ni,heeeeee :D
kenapa Mr. Taemin suka kite :
1) Lebih matang dan berpengalaman
Ini adalah point yang pertama yang ingin dikongsikan dengan anda. Wanita berusia lebih matang. Mengapa? Wanita berusia manjanya beralas, tidak gedik-gedik sangat. Sangat profesional jika bergaul.
Pernah anda melihat wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba baju serba pink lepak di shopping complex? Kecualilah jika wanita itu mengalami masalah mental. Mengenai pengalaman, memang benar pengalaman mendewasakan seseorang. Wanita berusia ini dikatakan mampu membantu untuk menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan teratur.
2) Bertanggungjawab dan berdikari
Wanita berusia pandai hidup berdikari, bekerjaya dan ada simpanan tetap. Mereka boleh berdiri atas kaki sendiri dan senang sedikit untuk menjaga wanita sebegini. Tidak perlu minta top up atau minta beli itu ini kan. Lelaki muda yang bercinta dengan wanita berusia ini dikatakan untung kerana dia juga dapat menumpang kestabilan ekonomi. Bak kata orang menyelam sambil minum air.
3) Tidak kuat merajuk
Dikatakan wanita muda kuat merajuk dan kadang-kadang melampau berbanding wanita berusia. Jika merajuk sekejap itu, orang kata adatlah kan. Wanita berusia jika merajuk ada caranya yang tersendiri. Mereka lebih bersikap matang dan terbuka.
4) Lebih memahami kehendak lelaki
Mungkin wanita berusia berpengalaman apabila bersama dengan lelaki. Justeru, dia mungkin tahu yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan apabila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya. Jika lelaki itu ada masalah atau hendakkan sesuatu, wanita ini cepat faham dan mudah tangkap apa yang tersirat disebaliknya.
5) Lebih bersifat keibuan
Lelaki selepas kahwin selalunya inginkan anak cepat-cepat. Tetapi kebanyakan isteri muda tidak bersedia timang anak awal-awal kerana takut badan tidak mantap selepas bersalin, atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama.
Dalam Islam tidak melarang lelaki berkawin dengan wanita lebih tua bahkan jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah r.a. adalah 40 tahun.Ternyata Nabi SAW lebih muda daripada Siti Khadijah tetapi mereka bahagia sehinggakan Siti Khadijah adalah isteri pilihan Nabi SAW yang utama berbanding yang lain.
**************************************************************************
Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya kan (^_^)v
p/s : Kite dapat info ni kat Notahati.com.. kalau nak tip-tip yang lain, boleh la baca kat sana, banyak info menarik (^_^)v
Pada yang baru baca blog kite ni.. jangan salah faham k.. kite muda lagi yawww!! belum 26 lagi,hahaha
By:Mademoiselle Syafinaz©

2 comments:
dah tu kamu nk ckp 26 da tua la???
hahahaha~
sbb tu i bg u bace,hahaha XD
Post a Comment