
Kisah benar (dari kawan mama)
Sepasang suami isteri ni dah 10thn kawin tak dapat anak tapi suami dia setia.. kalau orang lain, jangan cakap 10 thn, 5thn pun dah bagi alasan nak kawin dua sebab takde anak..
Kawan2 laki tu siap suruh kawin lain *ape punya kawan mcm ni -_-"
Bila dia cakap tak nak, kawan2 dia cakap dia dayus..
macam tu dayus ke?? tak nak kawin lain tu dayus ke??
Aku tahu makna dayus tu apa
Tapi dorang ni buat aku konfius makna dayus tauu!!
Jadi kita double check balik takut ada yang aku tak tahu
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Bila Lelaki menjadi Dayus??? (ni beberapa contoh yang aku ambil)
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
Ada banyak lagi.. boleh baca kat link ni (DAYUS)
DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
****************************************************************************
Suami tak nak kawin dua dan isteri dia pun tak buat hal, cuma tak dapat anak je.. kira dayus ek??
Sambung balik cerita..
Lepas 10thn+++ akhirnya dorang dikurniakan 2 orang cahaya mata
Happy ending:)
p/s: kalau apa yang aku tulis ni salah, tlg tegur ok.. aku manusia biasa, baru makan garam sesudu :)
By Mademoiselle,
No comments:
Post a Comment