Assalamualaikum,
Kita sering bertemu takdir diri kita di jalan yang paling kita cuba elak
Ni antara kata-kata yang paling aku suka..
Hari ni kita di sini, menghitung usia yang dah bertambah.. pernah tak kita terfikir macam mana kita boleh berdiri disini menjadi seperti apa kita hari ni??
bertemu dengan bermacam ragam manusia, melalui hidup yang paling perit dimana kita pasti tak mahu ulangi masa gelap yang kita lalui..
Dulu aku selalu lari dari masalah, lari dari semua perkara yang aku tak suka, semakin jauh aku lari semakin dekat takdir bawa aku kembali.. ada satu perkara yang aku cuba elak dan sekarang aku perlu hadapainya, mulanya aku fikir aku tak mampu bertahan tapi kenapa sampai sekarang aku masih tetap bertahan disini??
Jawapannya.. bila aku redha untuk menjalaninya, semakin aku faham kenapa aku disini.. Allah ingin pertemukan aku dengan orang-orang yang menyayangi aku, yang dapat membimbing aku, yang dapat bagi jawapan disetiap persoalan dalam fikiran aku dan yang paling aku fahami.. disini aku belajar untuk membaiki semua kelemahan aku..
Aku disini bukanlah aku seperti 5 tahun yang lalu..
yupp.. kita akan bertemu takdir kita disetiap jalan yang cuba elak kerana Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat mahkluknya..
p/s: Huaaa!!! kenapa jodoh aku dengan marketing ni kuat sangat.. penat la nak melayan kerenah customer!!! saya nak tukar department!!!
No comments:
Post a Comment