Hari ni nak cerita pasal novel yang baru aku baca.. aku bukan la pecinta novel sangat, novel yang aku baca kebanyakkannya dari penulis Ramlee Awang Murshid yang terkenal sebagai thriller novelist *aku tak suka novel cinta jiwang-jiwang.. karya beliau yang aku ingat sampai sekarang adalah Ungu Karmila.. tak tau kenapa walaupun aku rasa buku tu agak membosankan sikit *sikit je berbanding karya beliau yang lain tapi jalan cerita yang agak unik dan lain dari yang lain buat aku teruja nak baca sampai habis dan pengakhiran yang tak dijangka langsung..
ok kita stop pasal Ramlee Awang Murshid dulu..
Dalam mihrab cinta adalah karya Habiburrahman El Shirazy yang juga merupakan penulis novel ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih.. novel ini mengisahkan seorang pemuda yang nekad menuntut ilmu di pesantren dan menempuhi pelbagai dugaan. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertaubat dan akhirnya menemui kejayaan=)
sangat suka buku ni sebab dia bagi inspirasi jika kita dalam kesusahan jangan pernah berputus asa kerana Allah itu ada, Dia tidak pernah tidur.. dan setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..
~Tak sabar nak tengok versi filem plak sebab watak utama dimainkan oleh Dude Harlino=) dan Asmirandah=)
*thanks wani sebab share buku best ni dengan kitorang.. harus beli satu buat koleksi
love~Cik Pnaz

No comments:
Post a Comment