Sedang mencari idea untuk meraikan hari ibu... teringat masa zaman sekolah dulu-dulu, selalu tempah coklat, bunga la, kad la untuk hari ibu, bila dah besar tak tau nak bagi apa,hehehe.. walaupun ramai yang berpendapat hari ibu tak perlu tunggu bulan Mei untuk diraikan, sebaliknya diraikan setiap hari.. Tapi kalau aku buat setiap hari pun mama tak rasa apa-apa, rasa normal je sebab aku anak yang baik *hahahaha, ok ok aku suka cakap aku anak yang baik, padahal.......... degil gila tapi kata-kata itu satu doakan, jadi aku harus lagi wajib cakap aku anak yang baik, insyaallah doa makbul dan aku betul-betul jadi anak yang baik kan=)
Bila aku bagi hadiah time hari ibu, aku dapat tengok muka mama sangat happy, mungkin dia rasa dihargai dan disayangi oleh anak perempuan dia yang degil lagi sengal ni.. tapi dia lebih terharu masa aku sekolah dulu, beli hadiah dengan wang saku sendiri, yang ketika itu pada aku RM10.00 ibarat Rm100.00.. terasa perit untuk kumpul duit *poyo je time tu... teringat satu kejadian masa sekolah dulu, aku dah beli coklat dengan bunga untuk mama then letak bawah meja kelas, lepas rehat coklat tu hilang tinggal bunga je.. sedih ooohh tapi aku nangis cikit je la *aku kan pemalu, malu nak nangis depan kawan2 toyol betul la budak yang curi coklat aku tu, kalau lapar cakap je la aku boleh belanja=p nasib baik tak curi bunga sekali
huhuhu.. hari ibu hari isnin kan??? sempat lagi nak buat kerja gila..
love~Cik Pnaz
No comments:
Post a Comment