Followers

Tuesday, November 6, 2012

Bulan sibuk warga Muar

Assalamualaikum,

Bila jalan-jalan kat bandar Muar, suasana agak pelik..
Jalan makin jem, orang sibuk buat kerja pembersihan, turap jalan..
Ok baru ingat sambutan hari keputeraan Sultan Johor dan pengisytiharan Muar Bandar Diraja makin dekat..

Photo: Lambang Mahkota DiRaja Muar

Replika berbentuk Mahkota DiRaja sedang giat dibangunkan di Bulatan Sulaiman, Muar Bandar diRaja. Ianya dibina sempena meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Johor pada 22 November ini sekaligus sempena sambutan secara rasmi Muar sebagai Bandar Di Raja. Sebelum ini pintu Gerbang Berbentuk Mahkota dibina sewaktu Hari Pemahkotaan Sultan Ismail pada tahun 1960.
iolls pinjam gambar ok, ambil kt pakcik google

pakcik google bagi pinjam gambar,hee

Ni la rupa roundabout baru depan wetex parade, hampir siap..

Aku tengah berkira-kira untuk pegi nanti, Jambatan utama keluar masuk Muar akan ditutup, makanya memang akan jem la bandar Muar..  tak tutup pun dah jem inikan pula ditutup kenn.. Takkan aku nak jalan kaki kenn, zaman sekolah boleh la gigih jalan kaki ke bandar, sekarang non hado la aku nak jalan, kesian lemak ternakan iolls mati..
  
Update
Semalam jalan kat jambatan Muar nampak notis penutupan jambatan adalah 25/11/2012
Tutup dari pukul berapa ke pukul berapa tak pasti, tak nampak sangat..

Entry terbaru-----> Proses penutupan jalan di bandar muar 
Entry Terkini-----> List jalan yang ditutup

By Mademoiselle Syafinaz

No comments: