Followers

Friday, November 9, 2012

Khasiat tempe

Assalamualaikum,

Setiap kali ada pasar malam, benda wajib beli adalah soya panas
Tapi ada ura-ura cakap soya tak bagus??
Ada yang cakap "bagusss la!!"

konfius konfius.. kalau nak tahu bagus atau tak boleh baca blog ni (MamaQaireen)
Bagi aku apa-apa yang kita makan secara berlebihan boleh mebahayakan kesihatan.. contoh vit c, sangat baguskan? tapi kalau berlebihan boleh datangkan byk penyakit.. korang baca blog tu korang paham la

Yang penting, makan tempe lagi bagus!!


gambar pinjam


Dalam adik beradik, aku je yang suka makan tempe goreng..diulangggg tempe goreng sahaja


Abang aku cakap aku ni sebijik ikut keturunan jawa.. perangai je sama, muka tak :p

10 sebab kenapa anda perlu makan tempe

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diarrea.

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung.


4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asid folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang  dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asid lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat. 

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
- bagi yg tak suka susu, boleh makan tempe..



p/s: orang jawa kuat dan kulit cantik sebab makan tempe la, kehkehkeh

2 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

saye org jawe,,heheh


pon suke mkn tempe,,sedap=)

M.S.J (Pnaz) said...

sedap kan :)